Friday, March 27, 2015
HEMPAS ANAK DEMI 'GAME'
Posted by
Mohd Zaki Mohamad
at
5:43 PM
Labels:
Ayah Kejam
,
Hempas Anak
,
Ketagih Game
,
Main Game
,
Suami Kejam
HEMPAS ANAK DEMI 'GAME'
Harian Metro: Seorang bapa tergamak menghempas anak lelakinya berusia enam tahun ke lantai selain membelasahnya hanya kerana kanak-kanak itu tertutup permainan dalam talian yang dimuat turun dalam tablet milik lelaki itu di rumah mereka di Selayang, kelmarin.
Malah, isterinya yang cuba menghalang perbuatan kejam suaminya turut menerima tempias apabila dihambur dengan kata-kata kesat selain turut dibelasah menyebabkan anak beranak itu cedera di kepala dan lebam seluruh badan.
Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu meninggalkan rumah kira-kira jam 5 petang dengan tablet yang terpasang.
Sebaik pulang semula ke rumah jam 6.30 petang, lelaki itu melihat anaknya sedang bermain dengan tablet berkenaan.
Dia bertambah marah apabila anak tunggalnya itu menutup permainan dalam talian yang sedang dimuat turun menyebabkan lelaki itu mengamuk.
Sumber berkata, suspek yang bagaikan dirasuk bertindak ganas dengan menampar dan mengangkat anaknya itu sebelum menghempasnya menyebabkan kanak-kanak itu meraung kesakitan.
“Isterinya yang cuba menghalang perbuatan suaminya dan meminta lelaki itu bertenang, namun gagal apabila suspek turut memukul isterinya beberapa minit.
“Tidak cukup dengan itu, dia yang gagal mengawal kemarahan turut menendang kipas angin sehingga rosak sebelum cuba memijak anaknya, namun berjaya diselamatkan isterinya,” katanya.
========================================
Itulah satu lagi kisah kehidupan masa kini. Ingatlah apabila kira redha atas sesuatu yang mengecewakan kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.
Duhai sahabat, bersabarlah dan terus melangkah. Apabila kita diuji..bersabarlah, apabila kita diberi kesenangan...bersyukurlah!
Janganlah kamu bertindak zalim ke atas anak-anak kamu dan ahli keluarga kamu, jadilah kamu ibu bapa yang soleh dan bertakwa..
www.mummyceria.blogspot.com
No similar templates
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment