Showing posts with label Petua. Show all posts

Saturday, November 4, 2017
PeTUA mEnDAPAT anak SOLEH/SOLEHAH
No comments
:
Posted by
Mohd Zaki Mohamad
at
7:36 PM
Labels:
Anak Soleh
,
Anak Solehah
,
Petua
,
Tips
PeTUA mEnDAPAT anak SOLEH/SOLEHAH :
Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,
Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.
Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.
Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.
Doa anak jadi soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pandangan:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
(Al-furqan : 74)
Saturday, October 11, 2014
Petua Untuk Lelaki Yang Bakal Menjadi Bapa
No comments
:
Posted by
Mohd Zaki Mohamad
at
3:54 PM
Labels:
Ayah
,
Bakal Bapa
,
Bapa
,
Petua
,
Tips Bakal Bapa
Petua Untuk Lelaki Yang Bakal Menjadi Bapa
1 .Biasakan berjaga malam. Tiada alasan untuk tidur nenyak dan berdengkur sepanjang malam. Jangan mengharapkan isteri anda sahaja untuk berjaga. Sebaliknya tunjukkan kesungguhan anda untuk bangun bersama dan beri perhatian kepada anak anda yang baharu lahir.
2 - Kejutan kasih sayang. Inilah detik terbaik untuk melakukan kejutan terbesar buat isteri yang telah berkorban bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda. Apa kata anda pula yang mengambil peranannya ketika isteri dalam pantang. Mungkin anda boleh mulakan dengan menyediakan sarapan, membantu isteri menguruskan dirinya, menyediakan keperluan si bayi dan sesekali hadiahkan bunga tanda kasih sayang.
3 - Ringan tulang. Jika sebelum lahirnya si kecil, anda dimanjakan oleh isteri. Kali ini, anda harus beralah dan mengambil alih peranan menjaga isteri dan anak. Memadailah dengan membantu menyediakan makanan, membasuh pinggan atau mengasuh si kecil.
4 - Sedia untuk kotorkan diri. Terimalah hakikat bahawa anda harus membersihkan najis bayi dan belajar memakaikan lampinnya. Fikirkan bapa anda juga dahulu pernah melakukan perkara yang sama ketika anda masih kecil dahulu. Mungkin agak kekok pada permulaannya, namun, alah bisa tegal biasa.
5 - Dapatkan petua orang tua. Ketepikan ego serta sikap tahu seba-serbi. Sebagai bapa yang masih muda, anda perlu mendapat banyak nasihat dan petua daripada orang yang lebih berpengalaman. Guru terbaik untuk mendapatkan maklumat ialah ibu bapa serta saudara-mara atau kenalan yang lebih arif mengenai soal penjagaan bayi dan kanak-kanak. Tidak perlu malu kerana maklumat yang diberi akan memudahkan urusan menjaga si kecil.
6 - Sediakan pengasuh. Jika mampu, dapatkan pengasuh untuk meringankan tugas anda dan isteri di rumah. Pengasuh bukan sahaja boleh menguruskan isteri yang sedang berpantang, malah pada masa yang sama boleh menjaga si bayi yang memerlukan perhatian hampir 24 jam sehari.
7.- Belajar berhadapan dengan tekanan. Bohonglah jika anda tidak tertekan terutamanya apabila tiba saat si comel 'mengamuk' atau menangis tanpa henti. Jika waktu siang, mungkin anda tidak terasa, tetapi di kala tengah malam, tentu haru biru anda dibuatnya. Usah panik, uruskan saat itu dengan tenang dan penuh motivasi. Selidik punca bayi menangis, mungkin kerana kembung perut atau berasa panas atau mungkin juga kesejukan. Belajarlah bersabar!
9 - Kawal nafsu. Sudah namanya lelaki, tidak dapat tidak, nafsu selalu bergelora. Jangan gelojoh dan akurlah pada detik yang sesuai untuk bersama isteri dalam hubungan intimasi. Fikirkanlah yang isteri anda sudah bersusah-payah menggendong si kecil ke sana ke sini selama 9 bulan 10 hari tanpa keluh kesah dan kini dalam pantang pula. Tentulah mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala. Fikirkan juga yang kini ada orang ketiga yang harus diutamakan.
10 - Pastikan tabungan mencukupi. Ayah muda perlu memastikan tabungan sentiasa mencukupi bagi menghadapi saat-saat kecemasan terutamanya bila membabitkan si kecil yang mungkin diserang demam serta perlu mendapatkan rawatan segera di hospital. Peruntukan sebahagian daripada pendapatan bulanan untuk memenuhi keperluan kecemasan si kecil dan isteri sepanjang bergelar ayah. Apabila anak-anak anda sudah semakin membesar, peranan seorang ayah semakin bertambah.
www.muslimparentingnetwork.blogspot.com
Sunday, August 31, 2014
Tips Ibu Bapa: Ajar Anak Kenali Dunia
No comments
:
Posted by
Mohd Zaki Mohamad
at
8:45 AM
Labels:
Panduan
,
Panduan Didik Anak
,
Petua
,
Tips
,
Tips Didik Anak
,
Tips IbuBapa
Sama ada anda seorang guru yang mahu mendedahkan pelajar dengan budaya serta negara lain atau ibu bapa yang mahu meluaskan pengetahuan anaknya mengenai dunia, mengajar kanak-kanak mengenai negara dan budaya lain bukanlah perkara sukar.
Kanak-kanak sudah lumrahnya gemar sesuatu yang baru, justeru memperkenalkan mereka pada peta dunia pasti mendatangkan rasa teruja dalam kalangan kanak-kanak terbabit.
Persoalannya, cukupkah dengan hanya hamparan peta lalu mengajar mereka mengenai negara serta alam semesta ini? Kanak-kanak era ini membesar dalam arus globalisasi, cukup dengan satu klik bagi menghubungkannya dengan dunia luar.
Tapi bagaimana pula untuk mengajar mereka menghayati serta menghormati budaya masyarakat lain dari Boston ke Bangkok atau Kuala Lumpur ke Yekaterinburg misalnya?
Melancong jawapan paling jelas tapi perjalanan yang jauh juga boleh menjejaskan bajet percutian anda.
Seperti yang dinyatakan Homa Sabet Tavangar, Penasihat Kesihatan Global berpangkalan di Berwyn, Pennsylvania, Amerika Syarikat, membesarkan kanak-kanak global ini tidak memerlukan ibu bapa memecahkan tabung bank atau terpaksa melakukan kerja lain untuk mencari wang tambahan.
"Sebaliknya, jadikan ia satu aktiviti pengembaraan yang menyeronokkan dan peluang unik untuk belajar, menikmati serta meneroka alam.
"Percutian dalam negara juga sudah memadai asalkan ibu bapa menitikberatkan beberapa kawasan tumpuan, budaya dan masyarakat," ujar Homa yang juga penulis buku Growing up Global: Raising Children to Be At Home in the World itu.
Berikut Homa sertakan beberapa tip untuk memulakan 'pengembaraan' itu.
1. Melihat dunia - di rumah!
Gantungkan peta dunia di kawasan mudah dilihat supaya kanak-kanak dapat membiasakan diri dengannya hingga tertarik untuk mengetahui mengenai nama sesebuah negara, lokasi, budaya, bahasa dan hal berkaitan.
Letakkan juga glob di tempat yang mudah dicapai kanak-kanak dan mereka pasti memutarkannya lalu membayangkan diri ke tempat yang jauh.
Pertimbangkan barangan hiasan lain yang berkaitan dengan globalisasi.
Beberapa barangan hadir dengan kisah tersendiri seperti permaidani yang ditenun wanita negara dunia ketiga yang bekerja untuk memperbaiki kehidupan mereka.
Mencari buku bergambar yang mempunyai rumah, taman, resipi atau aktiviti sukan yang jarang dilakukan di tempat sendiri juga dapat membantu mengembangkan lagi imaginasi kanak-kanak.
Masih ada wang asing dalam dompet anda? Bingkai dan gantungkannya di dinding kerana ia boleh menjadi bahan perbualan.
2. Berbincang
Laporan berita antarabangsa penuh dengan pelbagai subjek rumit tapi ibu bapa cuba cari jalan untuk memulakan perbualan dengan topik mudah.
Mungkin ada pelajar baru yang berpindah ke sekolah anak anda jadi gunakan topik itu untuk memancing perhatian anak sebelum membawa perbualan kepada topik yang lebih berat.
Selain itu, periksa label pada bahagian dalam pakaian anda. Ada yang dihasilkan di Peru, Bangladesh dan China. Ajak anak mencari negara terbabit di peta dan ceritakan pada mereka mengenai kehidupan masyarakat di sana.
Ia tidak memerlukan kepakaran, cuma minat dan sedikit maklumat yang boleh didapati di Internet.
3. Muzik sebagai pengantar mesej
Tidak perlu mengisytiharkan anda kini mula mendengar lagu bergenre 'world music'. Cuma masukkan beberapa lagu dalam senarai MP3 anda dan ajak anak-anak menari sambil anda menyediakan hidangan makan malam.
Boleh juga dipasangkan ketika memandu atau melakukan aktiviti kraf. Pada awalnya kanakkanak pasti janggal mendengar bahasa asing selain bahasa pertuturannya tapi lama-kelamaan mereka akan cuba mencari maksud atau mendalami lagu itu.
Jika anak anda minat bermain muzik, minta dimainkan lagu bahasa asing atau sekurang-kurangnya cuba mainkan lagu yang bukan menggunakan bahasa pertuturan anda.
4. Menonton filem bersama keluarga
Pasangkan filem bahasa asing yang plotnya mudah difahami. Kumpulkan ahli keluarga dan tonton bersama. Selesai menonton, tanyakan pada anak mengenai apa yang mereka faham atau kenal pasti dalam filem itu.
Pastikan filem yang dipilih itu mempunyai sari kata bahasa pertuturan anda.
5. Hadiah dunia
Kraf buatan tangan sememangnya antara hadiah unik dan menarik untuk diberikan kepada seseorang. Lebih baik apabila anda kenal dengan si pembuatnya dan ceritakan mengenai pengalaman perekanya kepada anak anda.
Galakkan anak menghadiahkan kraf atau barangan seni sesebuah negara kepada guru serta rakan mereka.
Oleh Nor Faizah Mohamed

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)