Ibu @ Bapa Mithali

  • Home
  • Tips
  • Petua
  • Muslim Parenting
  • Annalovely
  • Mummyceria
  • Ruangan Pembaca
    • Hantar Artikel
    • Iklan Berbayar
    • Disclaimer
    • Sitemap

Thursday, September 4, 2014

Bila Anak Terlalu Manja

Posted by Mohd Zaki Mohamad at 7:48 AM Labels: Anak Manja , Anak Terlalu Manja , Tips , Tips Didik Anak
Share this
Tweet



[Bila Anak Terlalu Manja]

Ibu bapa perlu mengenali 10 tanda perilaku berikut yang menunjukkan ciri-ciri anak manja yang mungkin menjadi sukar dikawal. Segeralah bertindak menanganinya sebelum terlambat.

1. Mereka akan menangis dan menjerit jika inginkan sesuatu.

2. Suka merajuk sambil terlentang di lantai dan enggan bangun jika kemahuannya tidak dituruti.

3. Sering marah dan memukul ibu bapa apabila dikenakan hukuman atau dimarah.

4. Mengabaikan pertanyaan ibu bapa.

5. Bersikap kasar dengan orang dewasa dan adik-beradik lain.

6. Menolak berkongsi mainan dan sebagainya dengan adik-beradik lain.

7. Suka menjadi perhatian jika berada dalam kumpulan kanak-kanak seusianya.

8. Selalu mahukan apa yang menjadi milik orang lain. Bila berjaya mendapatnya, mereka inginkan sesuatu yang baru pula.

9. Membiarkan bilik bersepah dan tidak mahu mengemasnya sehingga akhirnya ibu bapa mengalah dan membereskannya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu.

10. Sukar tidur mengikut waktu tidur yang sepatutnya.

Apa yang harus dilakukan?

*Berikan mereka ganjaran bagi kelakuan baik yang ditunjukkan, dan hukuman bagi kesalahan yang dilakukkan. Bila anak menjerit mahukan sesuatu, jangan berikan sehingga mereka menyedari yang tingkah laku tersebut salah serta meminta maaf.

*Apabila mereka sedang marah dan enggan berganjak daripada lantai, angkat dan masukkan mereka ke dalam bilik sehingga mereka tenang dan meminta maaf atas kesalahan.

*Apabila anak-anak mengabaikan perintah anda untuk melakukan sesuatu, hukumlah segera. Suruh berdiri di satu sudut dan jangan berganjak selagi belum meminta maaf.

*Jangan turuti semua permintaan anak. Biasakan anak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.

*Jika bilik mereka bersepah, jangan izinkan mereka keluar dari bilik sehingga mereka membersihkan bilik.

*Tetapkan waktu tidur mereka dan didik mereka berdisiplin dengan peraturan tersebut. Anda mesti bertegas dengan peraturan yang dibuat dan jangan mengalah dengan pujuk rayu anak.

Insya Allah....


www.mummyceria.blogspot.com
Newer Post Older Post

No comments :

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments ( Atom )

Popular Posts

  • PeTUA mEnDAPAT anak SOLEH/SOLEHAH
    PeTUA mEnDAPAT anak SOLEH/SOLEHAH : Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak ya...
  • PESAN IBU TENTANG AYAH
    PESAN IBU TENTANG AYAH: Anakku… Memang ayah tak mengandungmu.. Tapi, Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, ked...
  • Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak
    Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-ana...
  • HEMPAS ANAK DEMI 'GAME'
    HEMPAS ANAK DEMI 'GAME' Harian Metro: Seorang bapa tergamak menghempas anak lelakinya berusia enam tahun ke lantai selain membel...
  • CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK
    CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK 1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu. 2. Peluk isteri secara tiba-tiba. 3. Puj...
  • DIDIKAN UNTUK ANAK PEREMPUAN
    Elakkan mendidik anak perempuan kita menjadi terlalu independant sehingga mereka mampu buat semuanya, sehingga anak2 lelaki akhirn ya...
  • Skrip Ucapan Teknik Nabi Kepada Anak-Anak Kecil
    Skrip Ucapan Teknik Nabi Kepada Anak-anak Kecil (ulangkaji) Dalam amalan lazim, apabila anak-anak kecil melakukan kesalahan di dalam p...
  • Anak Lelaki Perlu Bertanggungjawab Menjaga Ibu Bapa
    Anak lelaki perlu bertanggungjawab menjaga ibu bapa   Memang ramai yang bersetuju dengan pendapat yang mengatakan tanggung jawab seb...
  • 10 Tips Jadi Parent - Prof Muhaya
    Salam semua.. Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan......
  • 5 TIPS Mendidik Anak Soleh & Solehah
    5 TIPS mendidik anak Soleh & Solehah 1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu w...

Jom Like Fanpage Kami

Blog Archive

  • November ( 1 )
  • March ( 1 )
  • February ( 2 )
  • January ( 1 )
  • December ( 1 )
  • November ( 2 )
  • October ( 2 )
  • September ( 3 )
  • August ( 3 )
  • July ( 1 )
  • February ( 3 )

Labels

Tips Didik Anak Panduan Didik Anak Tips Panduan Tips IbuBapa Anak Soleh Ibubapa Petua Ayah Didik Anak Anak Genius Anak Lelaki Anak Manja Anak Perempuan Anak Solehah Anak Terlalu Manja Ayah Kejam Bahaya Smartphone Bakal Bapa Bapa Ciri - Ciri Wanita Ciri Suami Romantik Ciri Wanita Ciri-Ciri Suami Didik Anak Gaya Nabi Didikan Anak Hempas Anak Ibu Diredhai Ibu Mithali Isteri Jaga Ibubapa Ketagih Game Kisah Sedih Main Game Marah Anak Nasihat Pesan Ibu Rahsia Wanita Rahsia isteri Romantik Skrip Didik Anak Smartphone Suami Kejam Suami Romantik Suami Sweet Tanggungjawab Tanggungjawab Anak Lelaki Tegur Isteri Teknik Nabi Tips Anak Soleh Tips Bakal Bapa Tips Lahirkan Anak Soleh Wanita nasihat Isteri

Total Pageviews

Powered by Blogger.


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

© Ibu @ Bapa Mithali 2014 . Powered by Blogger templates and RWD Testing Tool