Showing posts with label Didik Anak Gaya Nabi. Show all posts
Showing posts with label Didik Anak Gaya Nabi. Show all posts
Monday, February 23, 2015
Skrip Ucapan Teknik Nabi Kepada Anak-Anak Kecil
No comments
:
Posted by
Mohd Zaki Mohamad
at
5:20 AM
Labels:
Didik Anak Gaya Nabi
,
Panduan Didik Anak
,
Skrip Didik Anak
,
Teknik Nabi
,
Tips Didik Anak
Skrip Ucapan Teknik Nabi Kepada Anak-anak Kecil (ulangkaji)
Dalam amalan lazim, apabila anak-anak kecil melakukan kesalahan di dalam pelajaran seperti mewarna terkeluar daripada gambar yang diwarnakan, guru cenderung melakukan perkara-perkara berikut;
1. Memarahi pelajar
Contoh: "Berapa kali cikgu cakap, kalau mewarna jangan warna sehingga terkeluar-keluar. Tengok lukisan kamu ini, comot dan tidak cantik. Warna semula. Kalau tidak, cikgu tak mahu tanda buku kamu." (SALAH)
2. Mengkritik hasil kerja pelajar.
Contoh; "Apalah, mewarna pun comot. Tengok lukisan kamu ini suddah macam apa sahaja cikgu tengok. Kalau macam ini, jangan harap kamu nak dapat markah penuh." (SALAH)
3. Mengkritik pelajar (kritik orang).
Contoh; "Kamu ini pernah sekolah ke tidak? Mewarna pun tidak tahu. Apa yang kamu belajar masa tadika dahulu?" (SALAH)
4. Mengugut atau mengancam-ancam pelajar.
Contoh; "Siapa yang tidak mewarna betul-betul, cikgu tidak akan beri dia rehat. Kamu duduklah di dalam kelas sehingga waktu rehat tamat." (SALAH)
5. Menasihati pelajar.
Contoh; "Lain kali kalau mewarna, warnalah betul-betul. Barulah lukisan kamu cantik." (SALAH)
6. Membanding-bandingkan pelajar.
Contoh; "Cuba tengok lukisan Ali, dia warna cantik. Tak macam Tina. Warna entah apa-apa." (SALAH)
Dalam mengaplikasi Teknik Nabi Muhammad Sollallahu alaihi wa alihi wasallam, kesemua ganjaran sosial negatif di atas tidak dilakukan. Sebaliknya ada beberapa teknik yang boleh diaplikasi bagi mendorong anak-anak kecil membetulkan kesilapan mereka dan mendorong mereka untuk lebih bagus dalam mewarna lukisan.
Antara teknik Nabi yang boleh diaplikasi adalah seperti berikut;
1. Teknik Menegur Kesalahan Dengan Menerangkan.
Contoh; "Lukisan yang cantik ialah lukisan yang diwarnakan dengan tidak terkeluar-keluar daripada gambar yang diwarnakan." (BETUL)
2. Teknik Demonstrasi.
Contoh, "Apabila kita mahu mewarna sesuatu gambar, pastikan pensil warna yang digunakan untuk mewarna gambar / lukisan tidak terkeluar daripada gambar seperti ini (guru tunjukkan cara mewarna yang betul di papan putih)". (BETUL)
3. Teknik Ayat Tawaran.
Contoh; "Murid-murid, nak tak cikgu beritahu bagaimana caranya supaya lukisan kamu nanti akan nampak cantik apabila diwarnakan?"
Apabila murid menjawab 'mahu', guru terangkan apakah kriteria-kriteria mewarna yang betul. (BETUL)
www.mummyceria.blogspot.com
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)