Ibu @ Bapa Mithali

  • Home
  • Tips
  • Petua
  • Muslim Parenting
  • Annalovely
  • Mummyceria
  • Ruangan Pembaca
    • Hantar Artikel
    • Iklan Berbayar
    • Disclaimer
    • Sitemap

Saturday, September 13, 2014

DIDIKAN UNTUK ANAK PEREMPUAN

Posted by Mohd Zaki Mohamad at 5:58 PM Labels: Anak Perempuan , Didikan Anak , Panduan Didik Anak , Tips , Tips Didik Anak
Share this
Tweet


Elakkan mendidik anak perempuan kita menjadi terlalu independant sehingga mereka mampu buat semuanya, sehingga anak2 lelaki akhirnya menjadi begitu dependant pada orang perempuan dalam hampir segalanya, termasuklah urusan mencuci pinggan makannya yang tidak dapat lagi dilakukan dengan tangan sendiri, atau tanpa bantuan wanita dalam keluarganya.

Harus pandai ajarkan, mana kerja yang lelaki dan wanita perlu buat sama2. Dan mana kerja yang lelaki sahaja perlu buat, dan wanita sahaja perlu buat. 

Apa yang terjadi pada hari ini, kita mengajar dan menyiapkan anak perempuan kita melakukan hampir segalanya, sehingga kita terlupa meninggalkan sedikit kerja untuk anak lelaki kita. 

Akhirnya, anak lelaki kita menjadi lebih perempuan dari perempuan.
Sedang anak perempuan pula, menjadi lebih lelaki dari lelaki. Dari jaga rumah, jaga anak, bersalin, membesarkan anak dan menanggung majoriti atau semua perbelanjaan rumah termasuklah menyara atau melengkapkan keperluan sang suami. 

Anak perempuanlah yang rajin belajar di sekolah. Yang excellent result di universiti. Yang berjawatan tinggi dan berkerjaya baik. Yang menyediakan perbelanjaan untuk mak ayah di kampung dan adik-adik yang bersekolah sekaligus menyara suami dan rumahtangga sendiri. Anak lelaki kita hidup macam seorang baby. Semuanya kita kena siapkan untuk dia. 

Tak ada kita, tak jadi apa.

Samada cabaran ini terjadi atau tidak dalam hidup kita, kita memang tidak dapat menafikan bahawa cabaran ini begitu menular dalam masyarakat kita. 

Kita mesti ambil tahu dan berfikir secara serius dan berusaha untuk menangani masalah sebegini yamg telah banyak menjadi punca perbalahan dan keretakan rumahtangga. 

Semuanya bermula dari diri kita sebagai ibubapa. Elakkan membesarkan anak lelaki dalam suasana "BIAR PEREMPUAN LAKUKAN SEMUANYA" dan elakkan membesarkan anak perempuan dalam suasana "BIAR AKU LAKUKAN SEMUANYA".

Orang perempuan perlu belajar beri lelaki peluang untuk laksanakan banyak peranan mereka yang telah kita 'rampas' tanpa sengaja. 

Dan orang lelaki harus pandai ambil peluang buktikan bahawa mereka adalah anak jantan sejati yang layak dihormati dan ditaati isteri sepenuhnya. 

Jangan diminta isteri taat, sedang kita sendiri dalam maksiat.
Maksiat kepada ALLAH kerana mengabaikan tanggungjawab dalam rumahtangga.

Kalau kita boleh tidak taatkan ALLAH, bagaimana kita expect anak2 dan isteri mentaati kita.
Ikut sunnahtULLAH. 

Orang perempuan jadi perempuan. Orang lelaki jadi lelaki.

Jangan disibuk-sibukkan mahu bertukar peranan. Biar saling tolong menolong, tapi ada batasnya.

 www.muslimparentingnetwork.blogspot.com
Newer Post Older Post

No comments :

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments ( Atom )

Popular Posts

Jom Like Fanpage Kami

Blog Archive

  • November ( 1 )
  • March ( 1 )
  • February ( 2 )
  • January ( 1 )
  • December ( 1 )
  • November ( 2 )
  • October ( 2 )
  • September ( 3 )
  • August ( 3 )
  • July ( 1 )
  • February ( 3 )

Labels

Tips Didik Anak Panduan Didik Anak Tips Panduan Tips IbuBapa Anak Soleh Ibubapa Petua Ayah Didik Anak Anak Genius Anak Lelaki Anak Manja Anak Perempuan Anak Solehah Anak Terlalu Manja Ayah Kejam Bahaya Smartphone Bakal Bapa Bapa Ciri - Ciri Wanita Ciri Suami Romantik Ciri Wanita Ciri-Ciri Suami Didik Anak Gaya Nabi Didikan Anak Hempas Anak Ibu Diredhai Ibu Mithali Isteri Jaga Ibubapa Ketagih Game Kisah Sedih Main Game Marah Anak Nasihat Pesan Ibu Rahsia Wanita Rahsia isteri Romantik Skrip Didik Anak Smartphone Suami Kejam Suami Romantik Suami Sweet Tanggungjawab Tanggungjawab Anak Lelaki Tegur Isteri Teknik Nabi Tips Anak Soleh Tips Bakal Bapa Tips Lahirkan Anak Soleh Wanita nasihat Isteri

Total Pageviews

Powered by Blogger.


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

© Ibu @ Bapa Mithali 2014 . Powered by Blogger templates and RWD Testing Tool