Ibu @ Bapa Mithali

  • Home
  • Tips
  • Petua
  • Muslim Parenting
  • Annalovely
  • Mummyceria
  • Ruangan Pembaca
    • Hantar Artikel
    • Iklan Berbayar
    • Disclaimer
    • Sitemap

Tuesday, December 23, 2014

9 Tips Lahirkan Anak SOLEH & SOLEHAH

No comments : Posted by Mohd Zaki Mohamad at 3:20 PM Labels: Anak Soleh , Panduan , Panduan Didik Anak , Tips , Tips Anak Soleh , Tips Didik Anak , Tips Lahirkan Anak Soleh

1-Hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang solehah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.

2-Hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan.

Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.

Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.

3-Hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.

4-Seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.

5-Hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya.

Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut.

6-Memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.

7- Memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.

8-Memberi pendidikan agama yang cukup.

9-Menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.


www.muslimparentingnetwork.blogspot.com
Read More
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts ( Atom )

Popular Posts

  • PeTUA mEnDAPAT anak SOLEH/SOLEHAH
    PeTUA mEnDAPAT anak SOLEH/SOLEHAH : Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak ya...
  • PESAN IBU TENTANG AYAH
    PESAN IBU TENTANG AYAH: Anakku… Memang ayah tak mengandungmu.. Tapi, Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, ked...
  • Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak
    Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-ana...
  • HEMPAS ANAK DEMI 'GAME'
    HEMPAS ANAK DEMI 'GAME' Harian Metro: Seorang bapa tergamak menghempas anak lelakinya berusia enam tahun ke lantai selain membel...
  • CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK
    CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK 1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu. 2. Peluk isteri secara tiba-tiba. 3. Puj...
  • DIDIKAN UNTUK ANAK PEREMPUAN
    Elakkan mendidik anak perempuan kita menjadi terlalu independant sehingga mereka mampu buat semuanya, sehingga anak2 lelaki akhirn ya...
  • Skrip Ucapan Teknik Nabi Kepada Anak-Anak Kecil
    Skrip Ucapan Teknik Nabi Kepada Anak-anak Kecil (ulangkaji) Dalam amalan lazim, apabila anak-anak kecil melakukan kesalahan di dalam p...
  • Anak Lelaki Perlu Bertanggungjawab Menjaga Ibu Bapa
    Anak lelaki perlu bertanggungjawab menjaga ibu bapa   Memang ramai yang bersetuju dengan pendapat yang mengatakan tanggung jawab seb...
  • 10 Tips Jadi Parent - Prof Muhaya
    Salam semua.. Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan......
  • 5 TIPS Mendidik Anak Soleh & Solehah
    5 TIPS mendidik anak Soleh & Solehah 1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat iyakanakbudu w...

Jom Like Fanpage Kami

Blog Archive

  • November ( 1 )
  • March ( 1 )
  • February ( 2 )
  • January ( 1 )
  • December ( 1 )
  • November ( 2 )
  • October ( 2 )
  • September ( 3 )
  • August ( 3 )
  • July ( 1 )
  • February ( 3 )

Labels

Tips Didik Anak Panduan Didik Anak Tips Panduan Tips IbuBapa Anak Soleh Ibubapa Petua Ayah Didik Anak Anak Genius Anak Lelaki Anak Manja Anak Perempuan Anak Solehah Anak Terlalu Manja Ayah Kejam Bahaya Smartphone Bakal Bapa Bapa Ciri - Ciri Wanita Ciri Suami Romantik Ciri Wanita Ciri-Ciri Suami Didik Anak Gaya Nabi Didikan Anak Hempas Anak Ibu Diredhai Ibu Mithali Isteri Jaga Ibubapa Ketagih Game Kisah Sedih Main Game Marah Anak Nasihat Pesan Ibu Rahsia Wanita Rahsia isteri Romantik Skrip Didik Anak Smartphone Suami Kejam Suami Romantik Suami Sweet Tanggungjawab Tanggungjawab Anak Lelaki Tegur Isteri Teknik Nabi Tips Anak Soleh Tips Bakal Bapa Tips Lahirkan Anak Soleh Wanita nasihat Isteri

Total Pageviews

Powered by Blogger.


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!

© Ibu @ Bapa Mithali 2014 . Powered by Blogger templates and RWD Testing Tool